Saturday, June 13, 2020

Nasi Kandar - Lauk Bawah Meja

13/6/2020
1:02pm

Kedai nasi kandar yang legend kadang kadang ada lauk 'secret' specialty yang tak ramai yang tau, contohnya Nasi Kandar Tamil Street dulu ada limpa and Nasi Kandar Sirajudeen (depan Caltex Transfer Road - kedai asal bapa Deen Maju) ada gulai sembilang - yang ni kena pi awal, kalau tak tinggal kuah saja.

Yang penting, lauk special tu kena memang exceptional sedap baru boleh diambil kira, macam gulai sembilang, limpa dan perut kambing dan teloq sotong yang memang syur. Kalau takat kobis goreng, sotong, ketam, atau udang goreng tepung, or sausage masak sos(!), tu semua bukan lauk hidden specialty nasi kandaq!

So, memang betui lauk asas wajib nasi kandaq adalah daging hitam, gulai ikan, telur dan bendi, setiap kedai akan ada special dish dia sendiri, jangan lupa ayam goreng dan ayam gulai pun bukan lauk asas nasi kandaq, tapi dah evolve cukup lama untuk diterima sebagai lauk asas nasi kandaq.

Harap hampa semua jangan triggered na, tapi adik abang kakak semua, hampa toksah dok buat lecey kata lauk nasi kandaq gulai sembilang tu merepek semua na, sebab lauk specialty memang wujud sebagai tarikan tambahan.

Tepuk dada tanya selera.

(Tambahan)

Kalau nasib baik, ada masa mamak tanya nak tak lauk underground yang dia simpan bawah meja, sembilang karang atau teloq ikan!

p/s: weekend ni kami rehat sat makan nasi kandaq, bagi peluang pada yang rentas sempadan cari nasi kandaq selepas tiga bulan kena quarantine 😉😅