Saturday, August 31, 2013

Mereka Biadap, Mengibarkan Sang Saka Malaya di Ambang Merdeka 2013




Kesian, seorang sasterawan negara yang begitu gah namanya serta dikagumi karyanya diusung ke hulu dan ke hilir dilacurkan untuk memenuhi agenda politik yang hina lagi jijik. Hilang sudah rasa hormat kami pada beliau kerana merelakan dirinya diperlakukan sebegitu rupa.

Butakah mereka yang tidak nampak Sang Saka Malaya itu amat mirip kepada bendera negara China? Gelapkah hati mereka sampai tidak perasan yang bendera Indonesia serta Singapura juga iras seperti itu. Bodohkan mereka yang tidak sedar bintang kuning itu imej tetap di bendera negara atau negara bekas komunis?

Semangat dan keberanian lelaki yang merampas bendera bendera ilusi tersebut amat dikagumi, tindakan di luar jangkaannya itu telah mengejutkan semua orang sehingga tiada yang membantah atau cuba melawan balik. Sememangnya mereka yang menjulang Sang Saka Malaya itu juga sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu salah dan cuma satu provokasi politik.

Ini bumi keramat, tanah airku, tempat tumpah darahku. Namanya Malaysia. Benderanya Jalur Gemilang. Penduduknya berbilang agama dan bangsa. Kami hidup berpaksikan perlembagaan. Sesiapa yang tidak mahu menerima kenyataan ini, serta ingin mencabar perlembagaan, ingin mengibarkan Sang Saka Malaya, silalah cari negara yang masih mencari bendera serta identiti baru.


Terima kasih, tetapi Malaysia tidak memerlukan anda.

No comments: