Wednesday, January 09, 2013

Seketika di ITPN

Ketika di ITPN siang kelmarin, sementara menanti kerani terjemahan menyiapkan borang pesanan,  saya secara tidak sengaja telah masuk ke Kedai Buku 1Malaysia yang berada di dalam bangunan tersebut, pintunya bersebelahan dengan kaunter unit terjemahan.
Hasilnya, saya dengan tidak dirancang telah terbeli beberapa buah novel Melayu serta Indonesia untuk Mama dan 'dua tiga' buah buku puisi untuk pengisian jiwa dikala dilanda gundah.
Turut 'masuk' ke dalam beg barangan pembelian saya adalah 'Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia  (Old Treaties & Documents of Malaysia) 1791 - 1965', sebuah buku yang telah lama saya cari.
8 Januari 2013
Post a Comment